Benarkah ada buah ajaib?

By // No comments:

Alkisahnya bermula begini, seorang kakak mengesyorkan kepada saya satu produk kesihatan. Oleh kerana saya memang mempunyai tahap kolesterol yg melampau tinggi LIHAT SINI makanya saya tanpa banyak songeh terus membeli produk tersebut. Lagipun harganya tidak terlalu mahal hingga beratus2. Kakak penjual  kata suaminya penghidap kencing manis dan tapak kakinya berlubang dan bernanah. Sejak mengambil produk ini sel2 baru mulai tumbuh. Mendengar cerita kakak tersebut sy tambah teruja dan menceritakan pula kepada kakak saya yg mempunyai biras yang sgt kronik penyakit kencing manisnya hingga terpaksa mencuci buah pinggang sendiri di rumah sejak tahun lepas. Kata kakak saya birasnya hari-hari blend buah ini dan meminumnya. Semalam kakak saya beritahu birasnya tak perlu lagi cuci buah pinggang dan kata doktor kes ini memang ajaib satu dalam 1000. Nak tahu tak apakah buah yang membantu menyembuhkan penyakit biras kakak saya dengan izin Allah itu.... jawapannya buah mengkudu atau noni.

Mengkudu dikatakan buah yg ajaib kerana khasiatnya yang menakjubkan.

Khasiat Buah Mengkudu diantaranya :

Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung.
Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor.
Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema. 
Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan. 
Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi. 
Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout. 
Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit. 
Sakit puan - senggugut, gangguan haid. 
Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit. 
Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda). 
Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok. 
Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita. 
Meredakan kesakitan (analgesik). 
Meningkatkan tenaga tubuh badan. 
Mengurangkan stress (tekanan) 
Anti-oxidant      

sumber

Namun berapa ramai yang sanggup menelan rasa mengkudu yang pahit?
Jadi alternatifnya..... ini

LivYoung Pure Noni Enzymatic Essence



Sejauh mana produk ini boleh menurunkan paras kolesterol belum teruji lagi.... nnt 19hb Feb baru nak buat blood test. Last test kolesterol saya turun kpd 7.++ sebab saya ambil supplemnet fish oil dan jus monavie juga.  Haila degil sungguh kolesterol ku. Dah hari2 membungkus teh ais dan hari2 makan budu mau tak degil...haha. Tapi...... yang paling ketara produk ni bagus untuk orang yg sembelit. Kaedah pengambilan bangun pagi sebelum gosok gigi minum segalas air kosong, kemudian minum 5ml enzim  ni tapi jangan terus telan, kena kemam dulu bawah lidah. Pantangnya pulak tak boleh minum teh/kopi. 2 jam selepas itu baru boleh. Adoiii ni yg buat gagal ni kekekek. Tapi betul memang rasa kosong perut selepas membuang. Patut ada orang yg boleh kurus (lihat testimoni)

Lihat testimoni



selepas 5 hari



sumber testimoni

Harga produk ni cuma RM 55 tidak termasuk pos
jika berminat boleh sms kakak tu - 0123117349 kak NONI

Followers