mari berpantun...ewahhhh

By
Advertisement
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang
Kecil-kecil ditimang ibu
Sudah besar ditimang gelombang

Indah nian bulan mengambang
keliling pula bintang bercahaya
Wajah dia bila ku pandang
Bagai melihat pintunya syurga






Hendak ku sukat air madu
Dari guri ke dalam loyang
Semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Hodoh buruk di mata orang
cantik manis di mata saya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Anak kedidi terbang melayang
Melayang dari tempat nan tinggi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati

Tinggi tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
Baru sekarang saya mendapat

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Apa guna pasang pelita
Kalau tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya

Anak dara meracik pandan
Ditumbuk bawang lesungnya batu
Kasih dan cinta bukan mainan
Biarlah masa jadi penentu

Selasih ditumbuk di tepi telaga
Selasih di makan si anak kuda
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara masa berada

Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pokok jati
Kasih sayang tidak boleh bercerai
Bagaikan rambut bersimpul mati

1 comment:

  1. assalamualaikum

    pantun bisa menuntun kepada jalan yang betul

    tahniah

    Mubarak guna SB

    ReplyDelete

Followers